Wednesday, January 28, 2009

KELAS PERUBATAN ISLAM DARUSSYIFA

ASSALAMU'ALAIKUM....

Kepada semua peserta darussyifa cawangan ipis, kelas perubatan islam ada berjalan seperti biasa sebagaimana berikut:

TARIKH : 31 JANUARI 2009 (SABTU)

TEMPAT : DEWAN SYARAHAN IDRIS AL-MARBAWI, IPIS

MASA : 8 PAGI

PENCERAMAH : UST HJ. ABD RASYID AHMAD (PAKAR RESDUNG)


Justeru diharap semua peserta dapat menghadiri kelas tersebut. Ketidakhadiran anda beberapa kali mungkin akan menjejaskan peratusan jam kredit bagi melayakkan anda untuk diijazahkan pada hujung tahun ini oleh Tuan Guru Ust Harun Din..

Bagi telah mendapat ijazah perubatan, anda digalakkan turut sama menghadirinya untuk menambah dan mengukuhkan ilmu yang telah sedia ada...harap maklum.

Sebarang kekeliruan @ masalah yang timbul sila rujuk kepada pengerusi Darussyifa' kumpulan 2 (kumpulan 21 di Pusat).

Monday, January 26, 2009

DOA PEMILIHAN/ PENDEKAT JODOH..


Jadikannya sebagai amalan bersama...


Doa disebelah boleh dibaca bila-bila masa mengikut kehendak individu. Bagaimanapun, doa ini seeloknya dikombinasikan dengan ummul Qur'an terlebih dahulu. Bukan untuk bacaan doa ini sahaja, bahkan untuk apa-apa doa sekalipun memerlukan bacaan Al-Fatihah pada awalnya. Seeloknya dibaca setiap kali selepas selesai solat.

Bagi pengamalan untuk diri sendiri hanya perlu menukarkan kata ganti diri pada kalimah yang bergaris (ها- ني) . InsyaALLAH, seandainya keyakinan yang sepenuihnya hanya diletakkan kepada ALLAH SWT, nescaya Dia akan menganugerahkan teman hidup yang terbaik untuk kita semua...

Saturday, January 24, 2009

BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI!!!


SABDA RASULULLAH SAW;

إن الشمس والقمر ايتان من ايات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحيات فإذا رأيتم ذلك فصلوا وادعوا حتى ينكسف ما بكم

Maksudnya : " Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran ALLAH taala, kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. Oleh itu apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan."


-Riwayat Muslim(914)

Dalam pada itu, tanggal 26 Januari 2009 bersamaan 29 Muharram (Isnin), 1430H kita sekali lagi telah diberi kesempatan dan peluang untuk bermunajat dan memohon rahmat ALLAH SWT daripada peristiwa Gerhana Matahari yang akan berlaku selepas asar pada esok hari.

Justeru itu sama-samalah kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW menyahut seruan Baginda supaya menunaikan solat Gerhana Matahari (Solat Al-Kusuf) sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di atas.

Untuk itu, sama-samalah kita mengambil peluang yang baik ini, apatah lagi kita warga Institut Perguruan Islam yang majoritinya bakal bergelar "Ustaz" dan "Ustazah" yang akan berada di dalam mayarakat kelak untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari pada esok hari di masjid Imam As-Syafei secara berjemaah.

Sama-sama kita sebarkan...

untuk rujukan berkenaan solat sunat gerhana matahari, boleh merujuk kepada laman web berikut;

  • http://www.lingkudau.net/Siaran/sunat-gerhana.htm
  • http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html



Thursday, January 15, 2009

SEPATAH KATA, SEUNTAI KALIMAH...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..pertamanya dan selama-lamanya kita merofo'kan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menikmati segala nikmatNya yang tidak ternilai ini..

Begitu juga kita diberi peluang untuk terus hidup tanpa apa-apa bayaran sedikitpun...
ingatlah, seandainya nikmat ALLAH dihitung, nescaya tiada kemampuan untuk menghitungnya.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan AHLAN WASAHLAN kepada semua pengunjung laman ini terutamnya kepada peserta-peserta kelas perubatan Islam Darussyifa', kumpulan pertama dan kedua cawangan Institut Perguruan Islam Selangor. Apa yang diharapkan agar laman ini dapat memberikan sedikit sebanyak penambahan ilmu terutamanya ilmu-ilmu perubatan islam.

Sebarang cadangan dan ulasan mahupun komen yang membina amat dialu-alukan dalam memperbaiki dan meningkatkan ilmu yang ternyata hanya sedikit sahaja yang kita ketahui..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".


Justeru, segala penambahbaikan diperlukan untuk kebaikan semua pihak..


Pengerusi Darussyifa IPIS.,

Kumpulan 1

Sebarang PERTANYAAN sila emailkan kepada kami, insyaAllah akan cuba dijawab seberapa segera.

Name:
Email Address:
No. Telefon
Pertanyaan

create form
IPIS دار الشفاء | Template by - Abdul Munir - 2008