Thursday, July 9, 2009

Amanat Pengerusi Darussyifa' IPGM KPI



Assalamualaikum..

Alhamdulillah,ku rafakkan segala ketinggian kesyukuran ke hadrat-Mu Tuhan pencipta Alam,mengatur siang mengantikan malam sesudahnya,Tuhan yang menghidupkan makhluk dan dia jugalah yang memberi rezeki.Dia jua lah Tuhan Pemilik Sekalian Alam ini.Juga diiring Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul Pembawa Rahmat,memamdu manusia keluar dari belenggu kegelapan kejahilan,mengarik manusia dari terus hanyut di arus kebuasan nafsu.juga ahli keluarganya,para sahabat yang tetap istiqamah pada jaln kebenaran.

Salam perjuangan kepada semua pencinta ilmu,semoga kalian sentiasa Di Payungi Rimbuhan Kasih Illahi,Di Iringi Rahmat-Nya Rabbi,Di Pagari Keberkatan walau di mana bumi dijijaki,walau di mana langgit di junjungi.

Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana terpilih bagi menimba,mengutip butir-butir mutiara berharga yang kian di tinggalkan,yang kian di pinggirkan nilai keindahannya.semoga sahabat-sahabat tetap teguh istiqamah dalam mengharungi ranjau perjuangan menimba ilmu Allah ini yang tidak sunyi di hinggap cabaran,yang tidak sepi di depani dugaan yang tidak dapat tidak ianya memerlukan sebuah pengorbanan yang konsisten,komitmen yang konkrik.

Saya terpanggil bagi menulis pada coretan kali ini kerana menyedari timbulnya masalah berkaitan penetapan kuliah rawatan yang dijalankan di kampus kita ini.seperti pengetahuan semua sahabat kuliah kita yang telah di tetapka di awal pengajian kita tempoh hari ialah pada setiap hari sabtu setiap minggu iaitu bermula pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari..Alhamdulillah pada semester lepas kuliah kita dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat satu,dua masalah yang berlaku.untuk pengetahuan sabahat sekalian pada semester lepas kita telah mengikuti 9 sesi kuliah termasuk kuliah pertama yang di sampaikan oleh Tuan Guru sendiri,jumlah jam kreadit yang terkumpul ialah 25 jam,dan pada semester ini kita telah menjalankan 2 sesi kuliah ini.jumlah jam kredit yang terkumpul setakat ini ialah 28 jam 30 minit.

Wahai Hamba-Hamba Yang Bergetar Hatinya Saat Di Sebutkan Nama Tuhannya.

Seperti yang kita tahu,kita harus menghabiskan 90 jam dan mengkhatamkan 2 buku asas rujukan kita di samping beberapa ilmu khusus yang akan di sampaikan seperti rawatan resdung,sihir,santau,hysteria dan beberapa ilmu rawatan yang lain.Penasihat Darussyifa IPGM KPI pada awal nya dahulu menyatakan hasratnya kepada saya agar dapat menyusun jadual sebaik mungkin untuk membolehkan kita semua dapat menerima ijazah pada akhir tahun nanti.sesungguhnya tanggungjawab besar ini tertaklif di bawah bahu saya selaku Pengerusi Darussyifa’ cawangan IPGM KPI ini,tanggungjawab ini bukan lah permintaan saya tetapi sahabat-sahabat lah yang telah memilih saya untuk sahabat-sahabat menjadikan ketua di kalangan sahabat-sahabat.semoga Allah mengampunkan kesalahan dan kesilapan hamba yang naïf ini.

Rintangan dan halangan yang di hadapi

Saya menyedari kita menghadapi pelbagai kekangan dari segi masa,program dalaman dan luaran institut yang tak pernah kenal erti rehat dan sebagainya.Secara tidak langsung ia telah menjejaskan jadual kuliah kita.setiap minggu saya terpaksa menjawab banyak SMS dari ahli persatuan kita agar menundakan kuliah kerana bertembung dengan program masing-masing.begitu juga yang sedang menjalani praktikum,ramai yang meminta agar kuliah tidak di jalankan sekiranya terpaksa di buat pada hari ahad kerana timbunan bebenan praktikum yang terlaku banyak,begitu juga rakan-rakan di institut sendiri acap kali meminta di tunda sekiranya bertemu program yang melibatkan komitmen mereka.saya tidak menafikan segala halangan,kekangan,rintangan yang terpaksa di depani semua ahli.Hal ini lah yang menggangu fikiran saya setiap minggu,tetapi inilah amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Penetapan Kuliah Pengajian

Saya yakin semua sudah maklum bagaimana proses penetapan kuliah Darussyifa’ untuk cawangan kita.Namun di sini saya ingin jelaskan sekali lagi agar semua yang membaca mengetahui perkara yang sebenar.setiap minggu saya akan bertemu penasihat iaitu Ustaz Razak untuk meminta ustaz agar dapat mengatur penceramah pada minggu tersebut.selepas itu Ustaz Razak akan merujuk kepada Darussyifa’ pusat untuk mencari penceramah.Sekiranya Darussyifa lambat mencari penceramah,maka lambatlah pengesahan penetapan kuliah di institut.selepas itu saya akan memaklumkan kepada setiausaha untuk di sampaikan kepada setiap ajk batch yang telah di tetapkan.

Menjawab Isu-Isu Yang Berlaku

Ada satu dua kuliah yang telah di tetepkan tetapi penceramah tidak datang.Hal ini adalah kerana berlakunya salah faham atau kekeliruan diantara Darussyifa pusat dan juga penceramah seperti penceramah menyangka kuliah watu malam kerana kebiasaannya kuliah di pusat di jalankan waktu malam.Penceramah tersalah tarikh dan sebagainya.Saya sekali lagi memohon maaf atas keterbatasan upaya menyediakan sebaik mungkin.

Ada juga yang mempersoalkan berkaitan kuliah selepas cuti bulan 3 yang lalu,mengapa tidak dijalankan,dan kebetulan pada masa itu saya pulang ke kampung untuk ke bukit gantang,adakah saya sengaja tidak mengatur kuliah pada untuk membolehkan saya ke bukit gantang dan saya terselamat daripada tertinggal kuliah.sebenarnya kuliah telah di tetapkan lebih awal lagi,semasa saya ber PBS.Ustaz Rahman menghubungi Abang Nik Azman memaklumkan kuliah di adakan minggu berikutnya kerana tenaga pengajar semuanya sibuk di sebabkan banyak cawangan baru yang di tubuhkan.

Kesimpulan

Saya telah berbincang dengan penasihat,Ustaz Razak dan juga senior-senior Darussyifa kumpulan pertama berkaitan kuliah ini,jadi hasil perbincangan tersebut,kuliah akan diadakan 2 kali seminggu jika tiada kekangan,iaitu selasa malam rabu dan sabtu atau ahad pagi ( sekiranya sabtu ada program besar di institut ).tetapi ini tetap bergantung kepada darussyifa pusat kerana kita kekurangan pengajar.berkaitan praktikum,batch pertama menyatakan sebelum ini pun,kuliah tetap di jalankan walaupun ada praktikum,dan baru-baru ini ustaz juga menegaskan jika yang tiada melebihi 50% barulah kuliah akan di batalkan..
Saya sekali lagi memohon kemaafan di atas kekurangan,kelemahan,keterbatasan daya dan upaya untuk memberikan khidmat sebaik mungkin,saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak,walaupun kadang-kala hati sendiri yang terluka.semoga allah mengampunkan kesalahan dan dosa-dosa saya yang acap kali lemah dalam menjalankan amanah besar ini.Akhir kata ,semoga kalian tetap istiqamah dalam mendalami ilmu Allah ini dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan.Assalamualaikum...

Sebarang PERTANYAAN sila emailkan kepada kami, insyaAllah akan cuba dijawab seberapa segera.

Name:
Email Address:
No. Telefon
Pertanyaan

create form
IPIS دار الشفاء | Template by - Abdul Munir - 2008