Tuesday, November 3, 2009

Pengambilan Pelajar Darussyifa' Cawangan IPGM Kampus Pendidikan Islam Kumpulan ke-4 Sesi 2010

Darussyifa' Cawangan IPGM Kampus Pendidikan Islam akan membuka tawaran bagi mengikuti kuliah rawatan dan pengubatan Islam bagi Kumpulan ke-4 Sesi 2010.


Syarat-Syarat Permohonan Adalah Seperti Berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan warga IPGM Kampus pendidikan Islam.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping.

4. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari sabtu atau ahad selama setahun di IPGM Kampus Pendidikan Islam.

6.Borang mesti di serahkan kepada nama-nama di bawah sebelum 19 / 11 /2009

7. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh di ambil daripada :

SAUDARA HAFIZUL HUSNI BIN ALIAS / PISMP 4.07 / B 213 / 019-6478285

SAUDARA WAN MUHAMAD RIDHUAN / PISMP 6.02 / A 328 / 013-9770397

SAUDARI NOR HIDAYAH BINTI JUSOH / PISMP 4.02 / D 209 / 019-6479413

SAUDARI NAZIHAH BINTI AHMAD SOFI / PISMP 4.01 / C 206 / 013-3926294

Thursday, October 29, 2009

SEMINAR FENOMENA JIN DAN HISTERIA & CARA RAWATANYA DI SEKOLAH

SEMINAR FENOMENA JIN DAN HISTERIA &
CARA RAWATANYA DI SEKOLAH

Tajuk : fenomena Jin dan Histeria & Caea rawatannya di Sekolah

Tarikh : 31/10/2009

Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Penceramah : Ustaz Abdul Rasyid Bin Ahmad

YURAN : RM5

TERHAD KEPADA 120 ORANG PESERTA SAHAJA !!!!!

Ahli Darussyifa' kumpulan ke-3 Cawangan IPGM KPI di wajib hadir


Tuesday, August 4, 2009

BUKU TERBARU TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN


Buku ini terbahagi kepada 7 BAB

BAB 1 : Membincangkan persoalan umum berkaitan MAKHLUK HALUS
BAB 2 : Membincangkan persoalan berkaitan JIN, BUNIAN ,QARIN & SAKA
BAB 3 : Membincangkan persoalan berkaitan TANGKAL
BAB 4 : Membincangkan persoalan berkaitan SIHIR
BAB 5 : Membincangkan persoalan berkaitan ILMU GHAIB
BAB 6 : Membincangkan persoalan UMUM
BAB 7 : DOA-DOA & AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGUAN MAKHLUK HALUS




HARGA DI PASARAN RM 20.00
SILA HUBUNGI : HAFIZUL HUSNI , PISMP 4.07 O19-6478285

Thursday, July 9, 2009

Amanat Pengerusi Darussyifa' IPGM KPI



Assalamualaikum..

Alhamdulillah,ku rafakkan segala ketinggian kesyukuran ke hadrat-Mu Tuhan pencipta Alam,mengatur siang mengantikan malam sesudahnya,Tuhan yang menghidupkan makhluk dan dia jugalah yang memberi rezeki.Dia jua lah Tuhan Pemilik Sekalian Alam ini.Juga diiring Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul Pembawa Rahmat,memamdu manusia keluar dari belenggu kegelapan kejahilan,mengarik manusia dari terus hanyut di arus kebuasan nafsu.juga ahli keluarganya,para sahabat yang tetap istiqamah pada jaln kebenaran.

Salam perjuangan kepada semua pencinta ilmu,semoga kalian sentiasa Di Payungi Rimbuhan Kasih Illahi,Di Iringi Rahmat-Nya Rabbi,Di Pagari Keberkatan walau di mana bumi dijijaki,walau di mana langgit di junjungi.

Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana terpilih bagi menimba,mengutip butir-butir mutiara berharga yang kian di tinggalkan,yang kian di pinggirkan nilai keindahannya.semoga sahabat-sahabat tetap teguh istiqamah dalam mengharungi ranjau perjuangan menimba ilmu Allah ini yang tidak sunyi di hinggap cabaran,yang tidak sepi di depani dugaan yang tidak dapat tidak ianya memerlukan sebuah pengorbanan yang konsisten,komitmen yang konkrik.

Saya terpanggil bagi menulis pada coretan kali ini kerana menyedari timbulnya masalah berkaitan penetapan kuliah rawatan yang dijalankan di kampus kita ini.seperti pengetahuan semua sahabat kuliah kita yang telah di tetapka di awal pengajian kita tempoh hari ialah pada setiap hari sabtu setiap minggu iaitu bermula pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari..Alhamdulillah pada semester lepas kuliah kita dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat satu,dua masalah yang berlaku.untuk pengetahuan sabahat sekalian pada semester lepas kita telah mengikuti 9 sesi kuliah termasuk kuliah pertama yang di sampaikan oleh Tuan Guru sendiri,jumlah jam kreadit yang terkumpul ialah 25 jam,dan pada semester ini kita telah menjalankan 2 sesi kuliah ini.jumlah jam kredit yang terkumpul setakat ini ialah 28 jam 30 minit.

Wahai Hamba-Hamba Yang Bergetar Hatinya Saat Di Sebutkan Nama Tuhannya.

Seperti yang kita tahu,kita harus menghabiskan 90 jam dan mengkhatamkan 2 buku asas rujukan kita di samping beberapa ilmu khusus yang akan di sampaikan seperti rawatan resdung,sihir,santau,hysteria dan beberapa ilmu rawatan yang lain.Penasihat Darussyifa IPGM KPI pada awal nya dahulu menyatakan hasratnya kepada saya agar dapat menyusun jadual sebaik mungkin untuk membolehkan kita semua dapat menerima ijazah pada akhir tahun nanti.sesungguhnya tanggungjawab besar ini tertaklif di bawah bahu saya selaku Pengerusi Darussyifa’ cawangan IPGM KPI ini,tanggungjawab ini bukan lah permintaan saya tetapi sahabat-sahabat lah yang telah memilih saya untuk sahabat-sahabat menjadikan ketua di kalangan sahabat-sahabat.semoga Allah mengampunkan kesalahan dan kesilapan hamba yang naïf ini.

Rintangan dan halangan yang di hadapi

Saya menyedari kita menghadapi pelbagai kekangan dari segi masa,program dalaman dan luaran institut yang tak pernah kenal erti rehat dan sebagainya.Secara tidak langsung ia telah menjejaskan jadual kuliah kita.setiap minggu saya terpaksa menjawab banyak SMS dari ahli persatuan kita agar menundakan kuliah kerana bertembung dengan program masing-masing.begitu juga yang sedang menjalani praktikum,ramai yang meminta agar kuliah tidak di jalankan sekiranya terpaksa di buat pada hari ahad kerana timbunan bebenan praktikum yang terlaku banyak,begitu juga rakan-rakan di institut sendiri acap kali meminta di tunda sekiranya bertemu program yang melibatkan komitmen mereka.saya tidak menafikan segala halangan,kekangan,rintangan yang terpaksa di depani semua ahli.Hal ini lah yang menggangu fikiran saya setiap minggu,tetapi inilah amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Penetapan Kuliah Pengajian

Saya yakin semua sudah maklum bagaimana proses penetapan kuliah Darussyifa’ untuk cawangan kita.Namun di sini saya ingin jelaskan sekali lagi agar semua yang membaca mengetahui perkara yang sebenar.setiap minggu saya akan bertemu penasihat iaitu Ustaz Razak untuk meminta ustaz agar dapat mengatur penceramah pada minggu tersebut.selepas itu Ustaz Razak akan merujuk kepada Darussyifa’ pusat untuk mencari penceramah.Sekiranya Darussyifa lambat mencari penceramah,maka lambatlah pengesahan penetapan kuliah di institut.selepas itu saya akan memaklumkan kepada setiausaha untuk di sampaikan kepada setiap ajk batch yang telah di tetapkan.

Menjawab Isu-Isu Yang Berlaku

Ada satu dua kuliah yang telah di tetepkan tetapi penceramah tidak datang.Hal ini adalah kerana berlakunya salah faham atau kekeliruan diantara Darussyifa pusat dan juga penceramah seperti penceramah menyangka kuliah watu malam kerana kebiasaannya kuliah di pusat di jalankan waktu malam.Penceramah tersalah tarikh dan sebagainya.Saya sekali lagi memohon maaf atas keterbatasan upaya menyediakan sebaik mungkin.

Ada juga yang mempersoalkan berkaitan kuliah selepas cuti bulan 3 yang lalu,mengapa tidak dijalankan,dan kebetulan pada masa itu saya pulang ke kampung untuk ke bukit gantang,adakah saya sengaja tidak mengatur kuliah pada untuk membolehkan saya ke bukit gantang dan saya terselamat daripada tertinggal kuliah.sebenarnya kuliah telah di tetapkan lebih awal lagi,semasa saya ber PBS.Ustaz Rahman menghubungi Abang Nik Azman memaklumkan kuliah di adakan minggu berikutnya kerana tenaga pengajar semuanya sibuk di sebabkan banyak cawangan baru yang di tubuhkan.

Kesimpulan

Saya telah berbincang dengan penasihat,Ustaz Razak dan juga senior-senior Darussyifa kumpulan pertama berkaitan kuliah ini,jadi hasil perbincangan tersebut,kuliah akan diadakan 2 kali seminggu jika tiada kekangan,iaitu selasa malam rabu dan sabtu atau ahad pagi ( sekiranya sabtu ada program besar di institut ).tetapi ini tetap bergantung kepada darussyifa pusat kerana kita kekurangan pengajar.berkaitan praktikum,batch pertama menyatakan sebelum ini pun,kuliah tetap di jalankan walaupun ada praktikum,dan baru-baru ini ustaz juga menegaskan jika yang tiada melebihi 50% barulah kuliah akan di batalkan..
Saya sekali lagi memohon kemaafan di atas kekurangan,kelemahan,keterbatasan daya dan upaya untuk memberikan khidmat sebaik mungkin,saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak,walaupun kadang-kala hati sendiri yang terluka.semoga allah mengampunkan kesalahan dan dosa-dosa saya yang acap kali lemah dalam menjalankan amanah besar ini.Akhir kata ,semoga kalian tetap istiqamah dalam mendalami ilmu Allah ini dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan.Assalamualaikum...

Monday, May 4, 2009

PESANAN PENTING TUAN GURU...

Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Ditulis oleh Mahadizan
Rabu, 25 Mac 2009 23:29

Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
tn guru
Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya

Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu

Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya;

Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah

Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu.

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan

Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan Bacaan Asas 10

Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya, pesan saya ialah jangan tinggal langsung Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua. Sekurang-kurangnya itu yang saudara hafal dan amalkan.

Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia, maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita.

Sebagai satu misalan orang yang belajar ilmu silat, apabila tidak mengamalkan ilmu silat tersebut, tidak berlatih menggunakan tenaganya, mengayakan balik buah-buah silat yang dipelajarinya maka dengan sendirinya lama kelamaan dia menjadi seperti orang yang tidak belajar juga. Saya menggunakan analogi ini untuk menyatakan bahawa dalam bacaan 10 pertama dan kedua itu terdapat ayat-ayat yang memang digunakan khas untuk membantu manusia bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Bila diamalkan selalu, insya-Allah ia menjadi senjata yang boleh digunakan sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus yang cuba merosakkan kita.

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan

Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa” kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat ada yang hasad (kepadanya)”.
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).

Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan

Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi.

Wajib menyimpan rahsia pesakit

Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit.

Jangan mengatakan “Buatan Orang atau Kena Sihir”

Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan.

Memberikan harapan kepada pesakit

Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi setiap penyakit. Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat

Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat, jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.

Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT.
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.

Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Jadilah Hamba Allah yang terbaik

Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda;
Hadis 05
Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.

Monday, April 27, 2009

KISAH SEBAGAI PEDOMAN

SYURAIH, SEORANG HAKIM YANG BUTA

Amirul Mukminin tidak berhak memulangkan kuda dalam keadaan tempang ! Tuan mengambilnya dalam seadaan baik, maka seharusnya dikembalikan dalam keadaan baik pula ! Demikianlah dengan jelas dan penuh keyakinan seorang tabi’iy yang mulia membuat keputusan dalam perselisihan melibatkan khalifah Islam yang berpengaruh Umar al-Khattab r.a dengan seorang awam.Kes ini terjadi apabila kuda yang dibeli oleh khalifah menjadi tempang setelah digunakan.Tabi’iy yang dimaksudkan adalah seorang lelaki cerdik berakhlak mulia dari keturunan Yaman, dari kabilah al-Kindah, Syuraih bin al-Haris.Beliau yang tidak pernah dikenali sebelum itu di kalangan penduduk Madinah yang terdiri dari kalangan sahabat dan tabi’in yang hebat kini membuat keputusan yang membingungkan khalifah.Meskipun beliau tidak berkesempatan bertemu dnegan Nabi s.a.w namun keikhlasannya memeluk Islam disertakan dengan pengalamannya berada di zaman jahiliyyah sebelumnya menjadikan beliau seorang yang sangat memahami selok belok dan asam garam kehidupan.

Kebijaksanaannya mengendalikan kes yang rumit itu telah menjadikannya masyhur, sehinggalah Umar r.a melantiknya menjadi hakim Negara Kufah yang merupakan salah satu wilayah besar Negara Islam yang beribunegarakan Madinah.Ternyata pemilihan Umar r.a itu merupakan firasat[1] yang tepat apabila semua khalifah yang datang selepasnya hingga ke zaman permulaan Bani Umayyah, Mu’awiyah r.a terus mengekalkan Syuraih r.a sebagai hakim tertinggi mahkamah.Beliau diamanahkan jawatan itu selama lebih kurang enam puluh tahun, memutuskan hukuman secara adil , tidak berat sebelah dan saksama.Tidak kurang pula keputusan yang dibuat itu menyebelahi orang awam, sekalipun pedakwanya adalah orang bangsawan yang mempunyai kedudukan mulia.Antara kes yang turut mendapat perhatian dunia hingga ke hari ini adalah dakwaan khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib r.a terhadap seorang yahudi yang didakwa mengambil baju besinya yang keciciran darinya.Apabila kes itu diadili, Syuraih dengan emah lembutnya telah mengatakan : Wahai Amirul Mukminin ! saya meyakini bahawa Amirul Mukminin tidak akan berbohong.Namun kehakiman Islam menetapkan setiap pendakwa agar mengemukakan dua orang saksi.Ali r.a menyahut ya , bersama saya Qanbar , pembantu saya dan al-Hasan , putera saya sebagai saksi.Jawab Syuraih, maaf Amirul Mukminin, Islam tidak mebenarkan anak sebagai saksi ! Khalifah islam itu hanya mampu bertasbih dengan Subhanallah mendengar jawapan ringkas tetapi bermakna itu.Bukankah semua orang memaklumi bahawa al-Hasan dan a-Husin r.a telah dinobatkan sebagai ketua pemuda ahli syurga di akhirat kelak..Apakah orang berilmu seperti Syuraih tidak mengetahui hakikat ini atau dia mempunyai kepentingan tertentu?

Tidak, sama sekali tidak kerana hukum yang telah ditetapkan Allah dan NabiNya adalah suatu yang tidak boleh diubah sesuka hati.Walaupun ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah disepakati oleh semua umat Islam tetapi perjalanan pentadbiran di dunia mestilah berdiri di atas kaedah-kaedah yang digariskan.Persaksian dalam Islam tidak boleh disokong oleh kaum keluarga, bagi mengelakkan conflict of interest.
Ali bin Abi Talib r.a yang menjawat jawatan tertinggi dalam Negara akur dengan keputusan hakim mahkamah kerana bagi beliau keputusan hakim perlu dihormati bukan untuk dipertikaikan.Di luar jangkauan para pemerhati, yahudi yang didakwa tadi akhirnya telah mendedahkan bahawa baju besi itu sememangnya milik Ali yang ditemuinya tercicir.Beliau akhirnya mengisytiharkan keislamannya di hadapan khalayak selepas melalui pengalaman peribadi yang membenarkan keadilan Islam bahawa tiada siapa yang akan teraniya di bawah naungan Islam.

Antara bukti lain ketelusannya lagi ialah pada suatu hari, seorang dari anak lelakinya meminta beliau membuat keputusan dalam perselisihannya dengan teman-temannya.Sebaik sahaja selesai menerangkan perkembangan sebenar perselisihan itu, Syuraih menyuruh anaknya memanggil teman-temannya itu.Setelah kedua pihak mebuat penjelasan masing-masing maka Syuraih telah memutuskan keputusan yang menyebelahi teman-teman anaknya.Keputusan yang telah menyebabkan anaknya merasa dirinya dipermaukan.Jawapan hakim yang mulia ini kepada anaknya ialah : Wahai anakku ! Demi sesungguhnya engkau lebih kusayangi dari dunia dan seisi kandungnya, namun keredhaan Allah lebih aku utamakan berbanding denganmu !
Lebih dari itu Syuraih pernah memenjarakan anak lelakinya sendiri apabila orang yang dijamin oleh anaknya itu melarikan diri.

Walaupun mempunyai jalan penyelesaian yang mengkagumkan semua pihak, namun Syuraih tidak dapat melarikan diri dari keraguan yang kadangkala menimpanya dalam keputusan-keputusan yang dibuat.Apabila menghadapi kerumitan seperti itu beliau akan menyerahkan urusannya kepada Allah dan kepada pihak yang berselisih dengan katanya : sesungguhnya orang yang membuat keputusan ini hanyalah manusia seperti kamu semua.Aku mebuat keputusan ini untuk menyelamatkan kamu dari neraka Allah.Jika aku yang tidak terlibat melakukan kesalahan yang dibawa ke hadapan ini turut merasa takut hukuman Allah di akhirat, maka kamu sepatutnya lebih merasa bimbang jika kes ini dibuka semula di makhkamah akhirat nanti.
Apabila pihak saksi terus bertegas agar dijatuhkan hukuman kepada seseorang yang dituduh sedangkan Syuraih merasai sesuatu kekaburan pada kes, maka beliau akan mengingatkan pendakwa dan tertuduh dnegan katanya : Aku menghukum berdasarkan bukti dan saksi, bukannya dengan sangkaan.

Namun kamu semua harus ingat bahawa ketetapan ini tetap tidak menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.Ingatannya yang sering dihebahkan kepada setiap pihak yang berbalah ialah : Kelak orang yang menzalimi orang lain akan tahu siapakah sebenarnya yang rugi.Orang yang zalim kepada orang lain sedang menunggu hukuman Allah terhadapnya.Orang yang dizalimi menunggu pembelaan dariNya.
Syuraih juga turut dikenali dengan nasihat-nasihat ikhlasnya kepada umat Islam.Antara contohnya ialah cerita seorang lelaki yang telah dinasihati Syuraih.Lelaki ini sering menceritakan masalah peribadinya kepada orang lain sehingga didengari Syuraih.Syuraih mengingatkannya : Saudaraku ! setiap orang yang kita temui adalah merupakan orang yang menyayangi kita atau musuh kita.Jika kita menceritakan kesusahan kita pada orang yang kita sayangi, mereka akan merasa sedih.Sebaliknya apabila kita menceritakan problem kita pada musuh kita, mereka akan gembira.Saudaraku! ketahuilah olehmu! Beliau enunjukkan sebelah dari matanya kepada beliau seraya berkata, mataku ini sudah tidak berfungsi sejak lima belas tahun yang lalu.Aku tidak dapat melihat manusia dan jalan serta segala benda lain dalam tempoh itu.Alhamdulillah aku tidak memberitahu sesiapapun tentangnya melainkan kepadamu, agar kau mengambil pengajaran ! Kau tentu pernah membaca firman Allah dalam surah Yusuf ayat ke 86 yang bermaksud :

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah …..
Maka jadikanlah Allah tempat pengaduanmu dalam menghadapi tekanan dan kesusahan hidup.Dia lebih menyayangimu dan dapat membantumu".

Semuga Allah merahmati khalifah Islam ke dua, Umar al-Faruq r.a, yang dengan firasatnya yang benar itu, lahir seorang hakim Islam yang hebat yang telah menjadi batu asas kepada kesempurnaan pembentukan system perlaksanaan undang-undang dan mahkamah Islam.
[1] Firasat bermakna idea yang diilhamkan Allah kepada seseorang mukmin.Dalam sebuah hadis riwayat al-Tirmizi ( no 3419 ) Nabi bersabda, maksudnya : Takutilah kamu firasat orang yang beriman kerana dia melihat dengan Nur Allah.

ALANGKAH RUGINYA...seandainya amalan kita ditolak..

Amalan yang ditolak

مَنْ أحْدَثَ في أمرنا هذا ما لَيْسَ منهُ فهو رَدٌّ

Ummil Mukminin, Ummi Abdillah, Aisyah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa mengada-ngadakan yang baru (bid’ah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak.( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: “Barang siapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak. “

HURAIAN

Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam yang merupakan kalimat pendek yang penuh dengan arti yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bid’ah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli ushul fiqh menjadikan Hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosak.
Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan, dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang bukan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam Sunnah, maka tidak termasuk di dalam larangan ini, seperti menulis semula Al Qur’an dalam mushaf dan pembukuan pendapat para ahli fiqh yang bertaraf mujtahid yang mengemukakan keterangan masalah furu’ dari pokoknya, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.. Demikian juga mengarang kitab-kitab nahwu, ilmu hitung fara’id, dan sebagainya yang semuanya bersandar kepada sabda Rasulullah s.a.w. dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidak termasuk dalam amaran yang dinyatakan oleh Hadis di atas.

DOA KESELAMATAN DIRI & KELUARGA

DOA MEMOHON KESELAMATAN TERHADAP DIRI, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN RUMAHTANGGA DARI KEJAHATAN MANUSIA, BINATANG DAN BALA BENCANA

إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،

وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)

Kelebihan & Khasiat

Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.Abu Darda menafikannya.Kemudian dating lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hamper dengan rumahnya ia terpadam sendiri.Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.

DOA KETIKA BERIKTIKAF DALAM MASJIDIL HARAM ATAU MASJID NABAWI

اللَّهُمَّ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ،وَعْدُكَ حَقٌّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالـْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ


Maksudnya : MAKSUDNYA : ya Allah, tiada Tuhan yang benar melainkan Engkau, janjiMu adalah benar, perjanjian denganMu adalah benar dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar dan Nabi Muhammad itu adalah benar.

Amalan:
Menurut sebuah riwayat dari Abdullah bin Mas’ud r.a ketika RasululLah berjalan bersama dengan Abu Bakar dalam masjid, baginda mendengar doa Ibn Mas’ud menyebabkan baginda bertanya kepada beliau : Mohonlah apa sahaja kerana doamu akan dimakbulkan.Abu Bakar kemudiannya telah bertanya kepada Ibn Mas’ud apakah yang telah diucapkan itu.Abdullah bin Mas’ud memberitahunya bahawa beliau telah mendahulukan di pangkal doa dengan pujian kepada Allah kemudian diikuti dengan doa di atas. [1]
[1] Riwayat dari kitab Bughyatul Haris no 1067 .

Sunday, April 26, 2009

Islamic Hijri Calendar

Wednesday, April 22, 2009

PERHATIAN..PENTING!!!!

ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEJAHTERA

kepada semua ahli Darussyifa'cawangan IPGM KPI kelas perubatan islam akan berjalan seperti biasa sebagaimana berikut:

TARIKH : 25 APRIL 2009 (SABTU)

TEMPAT : DEWAN SYARAHAN IDRIS AL-MARBAWI, IPIS

MASA : 8.30 PAGI

PENCERAMAH : UST HJ. ABD RASYID AHMAD


Pihak pengurusan Darussyifa'cawangan IPGM KPI sedia maklum berkenaan penglibatan ramai dikalangan ahli darussyifa' dalam aktiviti institut yang menyebabkan ketidakhadiran pada kelas kali ini.

Namun,kami telah menyatakan perkara tersebut kepada penasihat Darussyifa' cawangan IPGM KPI iaitu Ustaz Abdul Razak Bin Mahadi dan juga Darussyifa' Pusat bagi mempertimbangkan untuk membatalkan kelas pada minggu ini,Tetapi permintaan kami di tolak dan penasihat meminta agar kelas dijalankan seperti biasa..

segala kesulitan amat dikesali..waallahuaqlam

Friday, April 17, 2009

KELAS SEPERTI BIASA???

Assalamualaikum...
Kelas darussyifa' seperti biasabermula

Pada : Jam 9 pagi...esok(18.04.09)
Tempat : Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi...
Penceramah : Ustaz Tengku Ahmad

Diharap kepada smua dapat mengambil perhatian!!!!

Tuesday, March 31, 2009

KELAS PERUBATAN DARUSSYIFA' : KULIAH KE-6

ASSALAMU'ALAIKUM.....

Kepada semua peserta darussyifa' IPIS 09, kelas perubatan darussyifa' berjalan seperti biasa sebagaimana butiran di bawah:

Tarikh : 11 April 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Abdul Jalil Hasan

Diharap kepada semua peserta dapat menghadiri kuliah darussyifa' sebagaimana yang ditetapkan ini. Harap disebarkan....:)






Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit ada di jual Rm 14.00

Tinggal 7 buah sahaja...

Monday, March 2, 2009

PENAT, STRESS DAN KELUH KESAH?




AHHH..TENSIONNYA!!!

Tertekan dengan bebanan tugasan, tugasan lain yang tiada mengena dengan pelajaran dan sebagainya? Ahhhh....pening, pening....

Jangan menyempitkan pemikiran anda.. Sesungguhnya ALLAH yang mendatangkannya dan disertakan sekali ubatnya...

Untuk apa? Tidak lain hanya untuk memberikan peluang kepada hambaNya untuk mengingatiNya setiap detik dan ketika...
Ingat !!!
Jangan sampai ALLAH lupakan kita walaupun sedetik.. Justeru, wajiblah hambaNya mengingati Khaliknya xkira dalam keadaan apa sekalipun, sekalipun dalam keadaan tension dan seumpamanya..

Untuk itu diturunkan al-Quran sebagai penawar kepada hati manusia yang sering dinodai oleh syaitan la'natullah..

Doa di atas sebagai panduan kepada jiwa yang tertekan dan hati yang tidak tenang.. Boleh juga dikombinasikan dengan ayat 28 Surah Ar-Ra'd yang boleh dibaca sekali atau tiga kali dan ditiup pada bahagian dada.. insyaALLAH, akan tenanglah jiwa...

الَذين أمَنوا وتَطمَئِنُّ قُلًوبُهُمْ بِذِكْرالله، ألاَ بِذِكْرِاللهِ تَطْمَئِنُّ القُلوبُ

Sunday, February 22, 2009

Jadual Rawatan di Darussyifa' Pusat..

Kepada Peserta Darussyifa' IPIS yang telah diijazahkan, anda diminta untuk hadir ke Darussyifa' pusat untuk melihat bagaimana cara rawatan yang dilakukan oleh perawat-perawat yang pakar dalam rawatan. Ada ilmu-ilmu yang kita tidak perolehinya semasa mengikuti kuliah perubatan Islam Darussyifa' di IPIS boleh diperolehinya semasa berada bersama-sama perawat di Darussyifa'.


Kita juga berpeluang untuk melayakkan diri kita digelar sebagai perawat seandainya telah diperkenankan oleh Tuan Guru ataupun Ketua-ketua perawat lain. Bagaimanapun, anda perlu terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Darussyifa' Pusat untuk membuat amali rawatan. Sekiranya masih belum yakin, bolehlah datang ke Darussyifa' Pusat untuk menambahkan ilmu dan keyakinan anda dalam melayakkan untuk digelar sebagai seorang PERAWAT. Ingat, tugas anda bukan satu tugas yang mudah dan dianggap remeh, bahkan memerlukan ketabahan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT.

Justeru, bersiap sedialah untuk berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang bakal tiba, lebih-lebih lagi bagi mereka-mereka yang akan menabur bakti jauh di sudut pedalaman..

Disertakan di bawah ini jadual rawatan bagi Darussyifa' Pusat, Bandar Baru Bangi.


JADUAL PERAWAT BERTUGAS DI KLINIK DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI

Hari/Waktu

9 ~ 12 tgh

2 ~ 7 ptg

8 ~ 11 mlm

Isnin

ABDUL RAHMAN NAWAS (K)
MOHD IKHWAN SENIN

MOHD NASIR JALIL (K)
JAM'AIYAH A.RAHMAN

KULIAH
(Tiada Rawatan)

Selasa

7.30pg - 12.45 tgh
Y.BHG TUAN GURU
DATO’ DR. HARON DIN

MOHD RASANI (K)
SHAMSUDDIN DIN

JAMALUDDIN NORSAHAN (K)
SITI ZABEDAH MOHD THANI

Rabu

MOKHTAR KASSAN (K)
HIRAWATI SAMEON

MOHD KORDI SOHOD (K)
HASNINLAYALI HASSAN

KAMARUDDIN AWANG (K)
ENDIN PENDIK

Khamis

MUHAMMAD ABU (K)
BADARUZZAMAN YASIN

MOHD KASSIM (K)
ROSLAN MOHAMMAD

NASIR OMAR (K)
MU AHMAD NASIR GHANI

Jumaat

DJUSMAN RASHJDIN (K)
TGK AHMAD IBRAHIM

JUFFRY SHAMSUDIN (K)
ISMAIL SALLEH

KHALIL AHMAD (K)
AZEMI AHMAD

Sabtu

DR.MUSA DAIA (K)
ROHANA MUSTAFFA

ABD. RASHID AHMAD (K)
ARBAYAH BASRI

ARIS ISA (K)
ABDUL KADIR

Ahad

KHAIRUDIN LONG (K)
KAMARUDDIN ABDOLLAH

HISHAM ZAHARI (K)
KHAIRUL HAMIZI
SYAHRUDDIN MAHMUD

AHMAD MOHD YUSOF (K)
MOHD NASIR JALIL


Sebarang PERTANYAAN sila emailkan kepada kami, insyaAllah akan cuba dijawab seberapa segera.

Name:
Email Address:
No. Telefon
Pertanyaan

create form
IPIS دار الشفاء | Template by - Abdul Munir - 2008