Thursday, January 15, 2009

SEPATAH KATA, SEUNTAI KALIMAH...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..pertamanya dan selama-lamanya kita merofo'kan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menikmati segala nikmatNya yang tidak ternilai ini..

Begitu juga kita diberi peluang untuk terus hidup tanpa apa-apa bayaran sedikitpun...
ingatlah, seandainya nikmat ALLAH dihitung, nescaya tiada kemampuan untuk menghitungnya.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan AHLAN WASAHLAN kepada semua pengunjung laman ini terutamnya kepada peserta-peserta kelas perubatan Islam Darussyifa', kumpulan pertama dan kedua cawangan Institut Perguruan Islam Selangor. Apa yang diharapkan agar laman ini dapat memberikan sedikit sebanyak penambahan ilmu terutamanya ilmu-ilmu perubatan islam.

Sebarang cadangan dan ulasan mahupun komen yang membina amat dialu-alukan dalam memperbaiki dan meningkatkan ilmu yang ternyata hanya sedikit sahaja yang kita ketahui..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".


Justeru, segala penambahbaikan diperlukan untuk kebaikan semua pihak..


Pengerusi Darussyifa IPIS.,

Kumpulan 1

1 comments:

Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA) said...

Salam..
Tahniah atas kelahiran blog Darussyifa IPIS.
Semoga pengisian blog ini dapat dimanfaatkan bersama. Insya Allah..

Sebarang PERTANYAAN sila emailkan kepada kami, insyaAllah akan cuba dijawab seberapa segera.

Name:
Email Address:
No. Telefon
Pertanyaan

create form
IPIS دار الشفاء | Template by - Abdul Munir - 2008